Wednesday, October 12, 2011

Kisah-kisah misteri di Kelantan

Sekadar berkongsi cerita-cerita misteri yang banyak melingkari tempat-tempat di negeri Kelantan

Misteri Danau Tok Uban



Misteri Danau Tok Uban

Sekarang kita masuk cerita pasal Danau Tok Uban pula. Seperti yang kita tahu Masjid Brunei didirikan di tebing tasik yang luas. Tasik atau lebih tepat disebut danau dahulunya dikatakan adalah tempat di mana Empayar Kota Chermin berada. Ada yang menyebut Empayar Chermin, Kota Chermin dan Negeri Chermin. Dalam cerita ni kita kekalkan dengan panggilan Kota Chermin iaitu Kelantan Purba.
Kota Chermin adalah sebuah negeri (Kelantan Purba) dengan ibu kotanya dikenali sebagai Jiddah dan menjadi pusat perdagangan melalui Sungai Kelantan. Ianya juga ada kaitan dengan zaman Nabi Sulaiman a.s. Dahulunya sihir dan ilmu ghaib menjadi mainan. Mengikut sejarah Nabi Sulaiman a.s. memang pada zaman itu sihir bukanlah sesuatu yang asing. Tapi sampai satu tahap ianya dihapuskan dan kitab-kitab yang mengandungi ilmu-ilmu sihir tersebut telah disembunyikan oleh Nabi Sulaiman a.s. di Temple of Solomon (Kuil Sulaiman) yang terletak di bawah Masjidil Aqsa yang pihak Zionis giat duk menggali sekarang ni untuk membangkitkan semula era dunia sihir. Maklumat lanjut berkaitan dengan hal ini boleh baca di sini.
Ditakdirkan Allah s.w.t. terjadilah bencana alam yang dahsyat hingga Sungai Kelantan ditutup lalu terbentuklah Selat Melaka yang menjadi pusat perdagangan dunia terulung ketika itu. Ada yang mengatakan bencana alam yang dimaksudkan adalah gempa bumi, ada juga mengatakan tsunami. Namun kedua-dua bencana alam tersebut memang saling berkait rapat. Dan bermula dari bencana alam itulah terpisah antara Semenanjung dan Sumatera yang dulunya ia bersambung. Jiddah pula ditenggelami air lalu membentuk danau yang sekarang ni dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Dikatakan Jiddah mempunyai harta emas yang sangat banyak. Atas sebab itulah Pasir Mas (Emas) dan Tanah Merah mendapat nama. Secara ringkasnya di dasar Danau Tok Uban terdapat harta yang tenggelam tetapi misterinya timbul apabila ada pihak yang cuba untuk mengambil beberapa harga yang tenggelam tersebut gagal untuk membawanya naik ke permukaan. Menurut orang yang mempunyai pandangan kasyaf di kawasan tersebut, harta-harta yang terkandung di dasar Danau Tok Uban bakal digunakan pada akhir zaman semasa kebangkitan semula Islam.

kredit:blog amirez

Tuesday, June 7, 2011

TOKOH ANAK MUDA KELATE 2011

Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.
Nama asal pantai ini telah ditukar(Pantai Cinta Berahi) kerana namanya kurang manis didengar atau kurang manis disebut, di mana perkataan berahi sering dikaitkan dengan cinta berahi yang meluap-luap iaitu dengan lain perkataan ianya bermaksud negatif atau buruk. Selepas Tok Guru (Menteri Besar Kelantan) memimpin kerajaan negeri Kelantan, beliau terfikir untuk menukar nama pantai tersebut tetapi dengan mengekalkan akronimya PCB. Akhirnya, Pantai Cinta Berahi telah dengan rasminya bertukar nama kepada Pantai Cahaya Bulan dengan mengekalkan perkataan PCBnya oleh Yang Amat Berhormat Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Pantai Cahaya Bulan bermaksud "Beach of Moonlight" di dalam Bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris pantai ialah beach, bulan ialah moon dan cahaya ialah light.





Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.


Pantai Tok Bali,Pasir puteh,Kelantan

Tok Bali Beach (Pantai Tok Bali)
Pantai Tok Bali ialah sebuah pantai yang terletak di Kelantan, Malaysia.
Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali. Bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keuntungan kepada nelayan-nelayan.
Pantai Tok Bali terletak lebih kurang 16 km dari bandar Pasir Puteh. Pantai ini telah dibuka sekali dengan pembinaan terusan Semerak, yang telah dibangunkan oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa). Pantai ini mendapat nama jolokan dari Kg.Tok Bali itu sendiri. Kawasan tepi pantai yang sesuai untuk mandi-manda dan memancing serta aktiviti berkelah dan berkhemah secara berkeluarga ini menjadi tumpuan orang ramai setelah selesai pembinaan ‘coastal highway’ yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kota Bharu melalui jalan pantai.
Di samping itu juga pantai ini juga menyediakan tempat penginapan yang selesa. Pengangkutan untuk sampai di sini ialah bas dan teksi. Tambang bas ialah RM 2.00 dan teksi RM 3.00. Pantai Tok Bali menyajikan ketenangan dan kedamaian dengan belaian dan hembusan angin Laut China Selatan. Kemudahan seperti surau, tandas dan tong sampah juga disediakan. Kawasan berdekatan pantai menyediakan chalet murah untuk penunjung yang ingin menikmati suasana malam di Tok Bali atau memancing ikan di muara sungai atau terusan Tok Bali. Jom ke Pantai Tok Bali, Kelantan sekarang!


Catatan penulis:
Tok Bali dah mcm dulu lg,,skrg byk chalet dan resort terbina,,homestay x pyh cakap la..Tok Bali mmg betul2 cantik,,dulu ms holiday dgn family(kami suka pg kat tepi pantai),,biasa pergi jauh2,terengganu,,pulau pangkor,,tioman,perhentian,selama ni x tahu bahawa kat tempat sendiri ada tempat yg begitu cantik,,orang kata berbaloi2,,bg sy jauh lebih syok dr pantai cahaya bulan,,yg begitu panas skrg,,,,anak2 pun suka mandi kolam kat area resort kat tok bali....tmpat selalu kami pergi Sudara Beach resort,,,pg pulak time promotion RM88,,murahhhhhh


SUDARA BEACH RESORT



P/s:aii..promote ni,,kena kasi komisen sesen dua kat tuan rumah..:)

PASAR WAKAF CHE YEH

 Pasar Wakaf Che Yeh....bukan setakat ore kelate,,ore luar dari kelate pun kenal..Masa cuti sek..ramai rombongan Kak Kiah datang shopping sini..Biasanya bila time cuti sek n sewaktu dgnnya,,berderet2 bas,,dan peniaga2  mmg kencang business mereka,,Contoh kawan saya yg dh niaga kat sana ms Wakaf Che yeh kat tempat lama,kat kwsan becak dulu,,ms cuti sek,,time nak raya,,untung satu malam,niaga dr pkl 8 hingga 1 pagi,,,untung bersih RM3 ribu-RM5 Ribu..tu baru satu malam,,aiya...



Ni baru sebahgian gambar..mmg happening kat sini..sape x pernah pergi?angkat tangan!..andai terlanjur dtg ke Kelantan,jemput la sibukkan diri kat sini,,byk barang yang memuaskan hati n murah,,yang mahal giler pun ada(kena pandai nego),,tp sy x niaga kat sini,,saje promote,,sbb mlm2 kat sini,,jam2,3 pagi nk pg shopping sini la tempatnya..


Hmm..homestay pun banyak kt sekitar ni...ore kate berkebuk,,murah2 belako

..nanti saya bg lagi list homestay kt kelantan dlm entry lain yer

Ben Ashaari-BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

Segmen :Tukar suka sama suka
Sebenarnya x pernah sertai apa yg Ben ashaari ni selalu buat...contoh tukar link macam semala,,selalu terlewat,,kali ni nak try2 jgk la..selalu dgr tntang Ben ni tp sbb saya sblm ni buat blog personal(jenis syok sendiri)jadi saya tak masuk 'program' la..apa pun Tahniah buat Ben sebab tolong para blogger lbh2 lagi jns yg baru2.Saya dh lama jgk berblogging ni,cuma mcm tadi personnal blog saja....jadi sape2 yg sudi xchange link..tq so much,,Blog ni bukan kenegerian sgt,,jauh sekali pasal politik,blog ni cuma kumpul info tentang Negeri saya Kelantan,tempat pelancongan,dan apa2 yang menarik tentang negri Kelantan..kot2 ader yg nak kawin dgn org Kelantan,nak melancong,,bole lah dptkan info dr sini sikit2..apa pun..tumbs up 4 Ben

Monday, June 6, 2011

Keistimewaan dan Khasiat Budu Kelantan

BUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…
Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.
Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.
“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.



Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.

Tragedi bersejarah Negeri Kelantan

1849-Gajah Mengamuk.
Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari se ekor gajah yang mengamok. Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh Datok Kaya Pahlawan Kadok (Tok Kadok).

1880-Angin Besar.
Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua kelantan sebagai "angin besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu 13hb nov hingga waktu subuh hari ahad. Mengikut bari orang tua2 sebelum itu tak ada lagi angin yang begitu dahsyat.

1881-Binatang Mati.
Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.

1882-Peristiwa Kelaparan.
Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut, tp orang zaman tu mana la tau nak sebut benda ni sumo). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Trengganu, Kedah, Perak dan Johor.

Ekoran dari penghijrahan ini abg lokan pernah di ceritakan oleh salah seorang guru abg lokan, yang menceritakan bahwa abang kepada bapa mertuanya berhijrah ke Sungai Siput perak dengan berjalan kaki merentasi banjaranTitiwangsa.

1897-Bah Urai.
Bandar Kota Bharu telah di landa banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam air untuk di tanam.

1909-Api Hj Samba.
Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut api hj samba.

1910- Lembu Belaga Harimau.
Telah di adakan perlagaan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di jel burok jalan Tok Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba2 harimau melompat keluar dan mencakar orang2 yang berada di situ menyebabkan ramai juga yang mati.

1915-Musoh Tok Janggut.
Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di kelantan ialah cerita pemberontakan tok janggut menentang inggeris di kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24mei 1915 kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah.

1921-Puja Umor.
Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan sultan. Sambutan yang telah di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.

1922-Rombongan Kebudayaan.
Pada 25hb mac satu rombongan kebudayaan telah di hantar ke Singapura sempena dengan Malay & Borneo Exhibition. Para serta terdiri dari 20 orang besilat, 60 orang jong kayuh perahu, 12 orang pemain bolasepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, 2 orang penenun kain sonket. Puok dikir barat demo tak padah sebab belum wujud lagi.

1926-Bah Air Merah.
Banjir ini berlaku pada 24hb dec yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Air banjir ini di katakan berwarna kemerah2an dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua2 itulah banjir yang paling besar yg belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2hb jan 1927.

1927-Kota Bharu Terbakar. Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13hb jan 1927. Antara harta benda yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang cina yang terbakar bernama Bah Cik.

1931-Wayang Gambar.
Pertama kali tayangan wayang gambar di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11hb mei 1931.

1927-Sarkas.
Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di kelantan pada 14hb oktober 1927.

1941-Perang Jepun. Tentera jepun telah menyerang  Kuala Pak Amat pada 8hb disember 1941 jama 12.25 pagi iaitu kira2 10 minit awal dari jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera jepun mendarat melalui kuala pak amat ini. Jepun di katakan memerintah tanah melayu lebih kurang 3 tahun setengah. Pada 15hb ogos 1945 tentera jepun menyerah kalah.

1957-Merdeka.

Artikel di tulis oleh Lokanbertepuk dari Forum Komuniti Dikir Barat Malaysia

CIK SITI WAN KEMBANG

•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
•Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.




Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
•Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
•Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
•Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
•Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
•Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.


Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.


Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan adalah baik. •Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal disana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai. •Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi TasikLelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar


•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat


•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong


•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah
•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.



SUMBER:sejarah kelantan

Monday, February 28, 2011

Tahukah anda

Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertua Kelantan (dipercayai 9 buah kesemuanya).
Antaranya Kg Laut, Penambang, Banggol dan Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika dulu terletak di pesisiran pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2 ini terletak jauh ke daratan.
Dulu ada sebuah kg di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang menjadi perkampungan penduduk yang berasal dr Kg Laut iaitu Kg Pasir yg kini telah dimusnahkan oleh pembangunan.
Jadi, kalau anda adalah anak Kelantan tak kiralah di mana anda tinggal sekarang ini sama ada di Kelantan atau luar Kelantan, cubalah cek salasilah keluarga anda, dr kg manakah anda berasal.

SEJARAH AWAL NEGERI KELANTAN

 
 
Negeri yang sekarang bernama "Kelantan" dahulunya dikenali dengan 
berbagai-bagai nama. Sejarahnya amat lama dan tua. Ia lebih tua daripada 
negeri-negeri Melayu pantai barat seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, 
malah ia mungkin lebih tua daripada Kedah dan Patani.

Pada zaman ribuan tahun yang lalu, negeri Kelantan dikatakan bernama "Medang 
Kamulan". Kemudian tidak lama sebelum abad pertama ia bernama "Medang Gana", 
dan nama ini berlanjutan hingga abad ke-5 sebelum ia berubah kepada "Kalatana" 
atau "Tanah Kala". Catatan China menyebut nama ini sebagai "Ho-la-tan" atau 
"Ko'ulo-tan". Nama ini dipakai sehingga separuh bahagian kedua abad ke-6.

Pada akhir abad ke-6 Masehi, nama negeri Kelantan bertukar kepada 
"Raktamrittika" yang bererti Negeri Tanah Merah. Nama ini diberi oleh Raja 
Kelantan yang bernama Gautama selepas ia melancarkan pemberontakan terhadap 
Fu-nan (Kemboja), lalu mendirikan ibu kotanya di daerah padalaman Kelantan yang 
strategik dan kaya dengan emas. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa 
Raktamrittika ini adalah sama dengan "Chi'ih-tu" yang disebut oleh Wei Cheng 
(581-643) dalam Shi-Shu. Dinyatakan dalam catatan China ini bahawa Chi'h-tu 
terletak di selatan Langkasuka (lebih kurang Patani sekarang). Ada digambarkan 
dalam catatan dan jaraknya antaranya dengan Champa ialah sejauh sepuluh hari 
perjalanan. Tidak syak lagi bahawa lokasi seperti ini ialah negeri Kelantan 
sekarang. 
Dalam abad ke-7 Masehi sebuah nama baharu, "Sri Wijaya Mala" muncul 
menggantikan Raktamrittika. Dalam tahun 677 Masehi, maharajanya, Sri Jayanaga, 
berjaya menakluk seluruh Semenanjung lalu mengisytiharkan nama "Sri Wijaya" 
bagi negara yang dibangunkannya. Negara ini kemudian meluas sampai keluar 
Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Melayu di Sumatera pada kira-kira abad ke-7. 
Di sini baginda membangunkan sebuah ibu kota yang baru di sekitar Palembang 
sekarang. Negeri Kelantan (Sri Wiajaya) diserahkan kepada puteranya, Sri 
Maharaja Dripantara, manakala Palembang (Sri Wijaya II) diberi kepada puteranya 
Sri Maharaja DiRaja. Kedua-dua kerajaan ini kemudiannya disatukan oleh Sanjana, 
cucu baginda dalam sebuah empayar yang disebut oleh orang China San-Fo-Tse 
(Tanah Seri Indah Sekebun Bunga). Peristiwa ini terjadi dalam abad ke-8 Masehi.