Wednesday, October 12, 2011

Kisah-kisah misteri di Kelantan

Sekadar berkongsi cerita-cerita misteri yang banyak melingkari tempat-tempat di negeri Kelantan

Misteri Danau Tok Uban



Misteri Danau Tok Uban

Sekarang kita masuk cerita pasal Danau Tok Uban pula. Seperti yang kita tahu Masjid Brunei didirikan di tebing tasik yang luas. Tasik atau lebih tepat disebut danau dahulunya dikatakan adalah tempat di mana Empayar Kota Chermin berada. Ada yang menyebut Empayar Chermin, Kota Chermin dan Negeri Chermin. Dalam cerita ni kita kekalkan dengan panggilan Kota Chermin iaitu Kelantan Purba.
Kota Chermin adalah sebuah negeri (Kelantan Purba) dengan ibu kotanya dikenali sebagai Jiddah dan menjadi pusat perdagangan melalui Sungai Kelantan. Ianya juga ada kaitan dengan zaman Nabi Sulaiman a.s. Dahulunya sihir dan ilmu ghaib menjadi mainan. Mengikut sejarah Nabi Sulaiman a.s. memang pada zaman itu sihir bukanlah sesuatu yang asing. Tapi sampai satu tahap ianya dihapuskan dan kitab-kitab yang mengandungi ilmu-ilmu sihir tersebut telah disembunyikan oleh Nabi Sulaiman a.s. di Temple of Solomon (Kuil Sulaiman) yang terletak di bawah Masjidil Aqsa yang pihak Zionis giat duk menggali sekarang ni untuk membangkitkan semula era dunia sihir. Maklumat lanjut berkaitan dengan hal ini boleh baca di sini.
Ditakdirkan Allah s.w.t. terjadilah bencana alam yang dahsyat hingga Sungai Kelantan ditutup lalu terbentuklah Selat Melaka yang menjadi pusat perdagangan dunia terulung ketika itu. Ada yang mengatakan bencana alam yang dimaksudkan adalah gempa bumi, ada juga mengatakan tsunami. Namun kedua-dua bencana alam tersebut memang saling berkait rapat. Dan bermula dari bencana alam itulah terpisah antara Semenanjung dan Sumatera yang dulunya ia bersambung. Jiddah pula ditenggelami air lalu membentuk danau yang sekarang ni dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Dikatakan Jiddah mempunyai harta emas yang sangat banyak. Atas sebab itulah Pasir Mas (Emas) dan Tanah Merah mendapat nama. Secara ringkasnya di dasar Danau Tok Uban terdapat harta yang tenggelam tetapi misterinya timbul apabila ada pihak yang cuba untuk mengambil beberapa harga yang tenggelam tersebut gagal untuk membawanya naik ke permukaan. Menurut orang yang mempunyai pandangan kasyaf di kawasan tersebut, harta-harta yang terkandung di dasar Danau Tok Uban bakal digunakan pada akhir zaman semasa kebangkitan semula Islam.

kredit:blog amirez